Marissa Dania mengaku silap tapi..

Anak pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang dikaitkan dengan isu ‘penyondol’ mengaku melakukan kekhilafan itu.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu berkata, ada dakwaan dilemparkan tidak benar.

Anak kedua daripada tiga beradik itu membuat pengakuan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen.



Marissa dalam hantaran meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada dirinya sendiri.

“Saya mengaku silap saya. Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku. Dan ada juga yang tidak benar, tapi saya tampil bukan untuk mempertahankan diri dan mengatakan saya tidak bersalah.

“Tapi tidak adil untuk mendengar sebelah pihak sahaja kerana apa yang diceritakan bukanlah 100 peratus tepat, namun saya tidak perlu yakinkan atau puaskan hati sesiapa,” tulisnya.

 



Marissa membuat pengakuan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen. - Foto IG Marissa Dania
Marissa membuat pengakuan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen. – Foto IG Marissa Dania

Sementara itu, Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.

Dalam perkongsian sama, Marissa turut menafikan meraikan perceraian lelaki berstatus suami orang itu seperti didakwa isterinya.

“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka.

“Saya dan lelaki itu pula mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan dia sahaja yang tahu apa yang terjadi antara kami.



“Saya dan dia tidak raikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti ditulis di Twitter,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, heboh kisah anak Abby dan Norman itu didakwa mengganggu rumah tangga suami kepada dua cahaya mata sehingga berlakunya perceraian.

Seorang wanita itu mendedahkan resit tempahan hotel di bawah e-mel Marissa dan suaminya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker