Ahli UMNO sudah kebal dengan ‘racun’ politik Mahathir

Ali UMNO tidak lagi kisah dengan serangan bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad yang lupa jasa Umno mengangkatnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertingginya Nur Jazlan Mohamed berkata pelbagai kenyataan dibuat Mahathir termasuk yang terbaru bahawa parti itu tidak mungkin dapat dipulihkan semula tidak lagi mahu dipedulikan ahli.

Menurutnya, bekas perdana menteri itu sepatutnya diingati atas jasanya kepada negara dan parti namun tindakannya cuba membunuh Umno juga pasti terpahat pada sejarah.



“Selepas naik kerana Umno dan jadi perdana menteri dari Umno, (Mahathir) bunuh Umno dan jadi perdana menteri balik.

“Orang Umno sudah tidak kisah tentang kenyataan Mahathir terhadap parti itu lagi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir pada kempen PRK Pulai yang mendakwa tidak mungkin Umno dapat dipulihkan semula.

Justeru, beliau meminta penyokong Umno menyokong Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu terus ditipu parti yang hanya memperjuangkan nasib Presidennya, Zahid Hamidi.



Seorang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata Mahathir tiada hak meminta ahli Umno meninggalkan parti itu atas alasan sudah menyimpang daripada perjuangan asal.

“Mahathir tidak ada hak cakap pasal prinsip perjuangan. Dia tidak ada prinsip perjuangan.

“Prinsip beliau ialah politik dendam, politik kroni dan politik naikkan anak sendiri,” katanya sambil menegaskan Mahathir semakin kecewa kerana usahanya bersama Muhyiddin Yassin gagal membunuh Umno walaupun menang pada PRU14 lalu.

Puad mendakwa Mahathir juga ‘sakit hati’ melihat Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 pertuduhan berhubung rasuah dan pengubahan wang.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker