Penyakit Tibi yang menyerang membimbangkan warga Kuala Lumpur

Kes tuberkulosis atau tibi dilihat mula menyerang penduduk di ibu negara ketika ini.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, kes tibi tertinggi direkodkan di sekitar Pudu dengan bilangan 30 kes dan 18 daripadanya dalam rawatan.

Selain itu, ia turut direkodkan melibatkan Taman Pertama (6 kes), dan Kampung Cheras Baru (5 kes), manakala tiada kes di kawasan Fraser Bussiness Park seperti yang ditularkan.



“Info terkini kes adalah disahkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) pada semalam, 18 November 2023,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah JKWPKL&P, Dr. Nor’Aishah Abu Bakar memberitahu, sehingga 17 November lalu, terdapat 1685 kes tibi dilaporkan dalam kawasan operasi pihaknya dengan pecahan mengikut pejabat kesihatan.

“Pejabat Kesihatan Cheras (387 kes; 278 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Kepong (424 kes; 250 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Lembah Pantai (424 kes; 218 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Titiwangsa (399 kes; 212 kes masih dalam rawatan) dan Pejabat Kesihatan Putrajaya (51 kes; 29 kes masih dalam rawatan).

“JKWPKL&P amat mengalu-alukan dan menghargai usaha masyarakat untuk membantu dalam membuat hebahan maklumat berkaitan penyakit tibi ke arah usaha bersama membendung penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan.



Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes tibi masih terkawal dan rakyat diminta tidak panik.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya mengesahkan beberapa kes tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun ia sentiasa dipantau oleh Bahagian Kesihatan Awam KKM.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mula mengingatkan antara satu sama lain untuk sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan tempat awam.

“Pakai la mask (pelitup muka) bila keluar, pergi mall (pusat beli belah), naik perkhidmatan awam, tibi dah merebak di KL (Kuala Lumpur). Sini dahlah ramai warga asing, padat dengan manusia, sama-sama jaga kesihatan kita,” pesan Ayuni.



“Kalau batuk, jauh la dari orang lain, pakai pelitup muka. Aku pernah kena tibi, hilang berat sampai 15 kilogram, memang perit. Hati-hati semua,” kongsi Kieda.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker