Zuraida mahu kekal sebagai menteri

PETALING JAYA: Pada Ahad, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin menafikan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob secara berasingan bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri.

Sebaliknya, Zuraida berkata beliau bertemu Ismail dalam mesyuarat Kabinet pagi ini.



“Pagi ini saya hadir mesyuarat Kabinet,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas pertemuannya bersama Ismail.

Ditanya sama ada Ismail sudah memanggilnya, Zuraida hanya menjawab ringkas: “Belum”.

Terdahulu, media melaporkan Zuraida bertemu Ismail sebelum mesyuarat Kabinet itu dipercayai mengenai kedudukan beliau selepas mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Difahamkan, Zuraida sudah dua kali menyertai mesyuarat Kabinet sejak pengumumannya menyertai PBM 8 Jun lalu yang dilaksanakan secara fizikal.



Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa Ismail supaya segera membuat keputusan mengenai jawatan menteri Zuraida kerana beliau sudah mempunyai calon untuk menggantikannya. Katanya, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker