Laungan ‘dakwa Zahid’, ‘reformati’ gegar Kampung Baru

Kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran Perikatan Nasional (PN).

Perhimpunan yang bermula selepas solat Zohor itu menyaksikan aktivis PN, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan Tun Faisal Ismail Aziz dari Bersatu berucap di hadapan orang ramai dari sebuah trak pikap.

Penyokong yang hadir turut kedengaran melaungkan “dakwa Zahid” dan “reformati”.



Perhimpunan itu diadakan bagi membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.

Tun Faisal memberitahu orang ramai bahawa dia akan hadir ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis bagi meminta Zahid didakwa semula.

Setakat jam 2 petang, penyokong yang hadir berarak ke IPD Dang Wangi sambil diawasi beberapa anggota polis

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker