MP Jeli nafi sokong Anwar kerana diugut, sogokan

MP Jeli nafi sokong Anwar kerana diugut, sogokan

Susulan beberapa ahli Parlimen Bersatu tampil menafikan dakwaan bahawa sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah disebabkan ugutan dan habuan, hari ini, giliran ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik membuat perkara yang sama.

Zahari berkata, tidak wujud broker politik dan sebagainya seperti didakwa, sebaliknya apa yang dilakukan demi rakyat dan penduduk Jeli.



“Apa yang saya lakukan keputusan saya sendiri tanpa diugut atau disogok mana-mana pihak. Sejak kenyataan saya menyokong perdana menteri, banyak tuduhan mengaitkan saya dengan ugutan dan sogokan demi kepentingan sendiri.

“Apa yang saya lakukan hanya kerana mahu melihat dan memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk di Jeli. Saya tidak mahu rakyat di sini menderita kerana tidak dapat peruntukan. Saya letak kepentingan rakyat melebihi segala-galanya,” katanya yang dipetik Berita Harian Online, hari ini.

Menurut wakil rakyat Bersatu itu, dia sanggup menerima kecaman asalkan pengundinya terbela.

Zahari juga dilaporkan berkata, peguamnya telah diarahkan meneliti bahan disiarkan di media sosial yang mengandungi pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadapnya.



Dia, sehubungan itu meminta dakwaan berkenaan dihentikan atau dia akan mengheret mereka yang terus melemparkan fitnah terhadapnya ke mahkamah.

Selasa lalu, Ketua Pemuda Armada (Bersatu) Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada perdana menteri.

Dia menamakan mereka sebagai “Datuk Botak” dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador.

Wan Fayhsal yang juga ahli Parlimen Machang berkata video-video berkaitan usaha menarik sokongan wakil rakyat pembangkang boleh dilihat melalui perkongsian di laman-laman sosial seperti Facebook dan Tiktok.



Sebelum ini, selain Zahari, tiga anggota parlimen Bersatu lain yang menyokong Anwar ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Semua mereka membuat keputusan itu dengan alasan demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing. Mk

MP Jeli nafi sokong Anwar kerana diugut, sogokan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker