Agus letak jawatan J-Kom?

Agus letak jawatan J-Kom?

Spekulasi bertiup kencang bahawa Mohammad Agus Yusoff akan meninggalkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), tidak sampai setahun setelah dilantik.

Setakat ini kerajaan masih berdiam diri berkaitan status itu, ketika media mula membincangkan perkara itu.



Memetik sumber, portal seperti Suara.TV antaranya berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam.

Malaysiakini sudah menghubungi Agus dan masih menunggu maklum balasnya.

J-Kom dijenamakan semula daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang sebelum ini dikaitkan dengan siri propaganda parti pemerintah.

Jawatankuasa itu setakat ini berdepan kritikan gagal mendepani serangan kumpulan pro-Perikatan Nasional (PN) dan kempen 3R (kaum, raja dan agama) di media sosial, selain Kementerian Komunikasi dan Digital.



Setiausaha Publisiti DAP Johor Marina Ibrahim antara pihak yang tampil menuntut Agus ditukar atas dakwaan penyampaian maklumat kerajaan tidak sampai ke bawah. Mk

Agus letak jawatan J-Kom?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker