Khairy tak patut salahkan orang lain isu RUU GEG – Tiong

Khairy tak patut salahkan orang lain isu RUU GEG – Tiong

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tiong King Sing berkata bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain atas kegagalan rang undang-undang “generasi penamat” (GEG) untuk diluluskan.

Dalam satu kenyataan, Tiong berkata Khairy membentangkan rang undang-undang pada Julai 2022 yang “tidak berperlembagaan” dan “tidak boleh dikuatkuasakan”.



Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak membuat pendirian sedemikian.

Kata Tiong, rang undang-undang itu digubal secara tergesa-gesa dan mengandungi banyak kelemahan, yang akan menimbulkan masalah lain jika diluluskan.

“Sekiranya perkara yang tidak bersedia ini dilaksanakan secara tergesa-gesa dan akhirnya terdapat pelbagai kelemahan dan kritikan sehingga menyebabkan aduan awam secara besar-besaran, siapakah yang harus dipersalahkan?

“Ironinya, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai nenteri kesihatan, selain daripada cuba meningkatkan populariti dan imej sendiri, apakah sumbangan lain yang telah beliau menyumbangkan kepada sistem kesihatan negara kita?



“Jika tiada, beliau sepatutnya tidak seharusnya menuding jari ke arah menteri lain termasuk saya atas kegagalan RUU GEG diluluskan, ” katanya.

‘Tiada bukti’

Tiong berkata pada masa rang undang-undang itu dibentangkan, dia telah meminta Khairy menunjukkan bukti di Parlimen untuk menyokong dakwaan bahawa kumpulan B40 adalah majoriti yang terjejas oleh kanser, penyakit jantung dan penyakit paru-paru melibatkan merokok.

“Hakikatnya ramai pesakit kanser tidak mempunyai sejarah merokok, malah jarang menghidu asap rokok dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bagaimana keadaan dan pengalaman mereka yang berkait dengan kanser ini dapat dijelaskan?” soal Tiong.



Tiong juga berhujah bahawa rang undang-undang itu terlalu menghukum dan mencadangkan bahawa pendidikan dan kesedaran adalah cara terbaik untuk tidak menggalakkan merokok.

Rang undang-undang yang dimaksudkan itu dikenali sebagai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023, yang antara lain mengandungi peruntukan untuk melarang sesiapa yang dilahirkan selepas 2007 daripada membeli dan mengambil produk tembakau dan vape – yang kini dikenali sebagai GEG.

Semalam, Khairy menyalahkan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman, Tiong dan “the gaffer” – dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim – kerana menurutnya menghalang rang undang-undang itu.

Khairy membuat kenyataan itu susulan laporan badan pemerhati kesihatan CodeBlue yang mendakwa rang undang-undang GEG telah digugurkan kabinet pada Jumaat lepas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bahawa peruntukan GEG dalam rang undang-undang itu adalah “tidak berperlembagaan” kerana ia melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.



“Bagi (Jabatan Peguam Negara), akan ada dua set undang-undang untuk dua kumpulan rakyat berbeza berdasarkan umur,” kata sumber kepada CodeBlue. Mk

Khairy tak patut salahkan orang lain isu RUU GEG – Tiong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker