Beri tender pada suami, bekas COO syarikat GLC direman

Beri tender pada suami, bekas COO syarikat GLC direman

SHAH ALAM: Seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pengangkutan kepada ahli keluarga bernilai RM280,000.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman yang mengeluarkan perintah tersebut terhadap suspek wanita berusia 40-an selama tiga hari bermula hari ini.



Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada dua tahun lalu.

“Suspek dikatakan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam pelantikan syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan. Nilai kerja-kerja tersebut dianggarkan lebih RM300,000 bagi tempoh setahun bermula Mei 2022,” katanya hari ini.

Jelas sumber, semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek.



Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009. Utusan

Beri tender pada suami, bekas COO syarikat GLC direman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker