Larikan diri selepas pukul isteri hingga mati

Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri, di Sungai Long, di sini, Sabtu lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri telah dihantar suspek ke sebuah hospital swasta sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jururawat sebuah hospital swasta di daerah ini berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah malam.



Menurut beliau, pihak hospital menerima seorang wanita tempatan berusia 38 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh suaminya dan telah menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal oleh Pegawai Perubatan hospital tersebut terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa. Sehubungan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan post-mortem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, Ahad lalu, hasil bedah siasat mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di keseluruhan badan.



Katanya, pakar Patalogi mengesahkan punca kematian adalah akibat dipukul objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan. “Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Jelas beliau, pihak polis sedang mencari dan mengesan suspek yang bernama Mohamed Imran Mohamed berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

“Alamat terakhir suspek adalah B-11-11, Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker