Watie Hanifiah akui perut buncit bukan mengandung!

“Saya belum hamil lagi… Itu hanyalah perut buncit saya,” katanya.

Demikian jawapan isteri pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang menafikan dakwaan segelintir pihak dirinya berbadan dua.

Watie turut menepis dakwaan melindungi ‘baby bump’ dengan sejambak bunga seperti yang dilihat pada hantaran dimuat naik Shuib di Instagram (IG), tiga hari lalu.



“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’. Apa yang saya sorok adalah perut saya, tetapi, orang nampak juga. Jadi, sorok ‘baby’ itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal.

“Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya… Doa-doakanlah,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, perbuatan Watie menutup bahagian perut dengan sejambak bunga pada foto dikongsi mencetuskan spekulasi dirinya hamil.

Spekulasi tercetus apabila Shuib memuat naik hantaran di IG berlatarkan lagu berjudul Nanti Kita Seperti Ini yang berkisar kehidupan bersama insan tercinta hingga akhir usia.



Watie atau nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, mengaku anak-anak tiri mahukan adik, namun, buat masa ini, belum ada rezeki buat dirinya dan Shuib.

“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.

Watie berkata, dia dan suami sedar ramai pengikut mendoakan mereka dikurniakan zuriat.

“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami. Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.



“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun, Watie tidak menafikan mereka sudah mempunyai senarai nama buat zuriat pertama mereka.

“Kami saja-saja letak apabila kami berborak. Kami mahu letak nama (anak) Bintang. Iaitu kalau anak lelaki Bintang Arjuna, kalau perempuan, Bintang Terindah,” katanya.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.



Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker