PH tak serik menipu, jangan terpedaya janji hapus tol

PH tak serik menipu, jangan terpedaya janji hapus tol

Pemuda Umno menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah gabungan parti politik tidak serik membuat janji termasuk menghapuskan tol jika memenangi PRU15.

Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun percaya rakyat tidak akan termakan dengan janji kitar semula PH pada pilihan raya umum kali ini.



“Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika PH memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

“Hebat, janji terbaharu PH datang lagi. Janji Lim Guan Eng, jika PH menang tol PLUS akan dihapuskan, nampaknya tidak serik-serik lagi PH mahu menabur janji baharu untuk rakyat sempena PRU15. Siapa percaya angkat tangan,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan berkata pihaknya tidak terkejut dengan tindakan PH yang disifatkan mengulangi skrip dan penipuan sama digunakan semasa pilihan raya menjelang PRU15.

“Tak mustahil selepas ni mereka akan ulang janji hapuskan hutang PTPTN, hapus cukai itu, hapus cukai ini dan segala harapan palsu untuk perbodohkan rakyat.



“Rakyat dah serik 22 bulan kena tipu dengan PH, mereka sahaja yang masih tak serik-serik untuk menipu dan terus menipu. Jadi selepas ini jika ada dengar apa-apa lagi janji mereka, cukup lah sekadar dengar, tapi percaya jangan sekali,” katanya.

Terdahulu, Lim berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan akan dimansuhkan jika PH memenangi PRU15 dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Memetik laporan China Press, Lim berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18%.

Menurut bekas menteri kewangan itu, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun. FMT



PH tak serik menipu, jangan terpedaya janji hapus tol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker