Beckham gegar TRX (Video)

Beckham gegar TRX (Video)

Aura bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham sememangnya sukar dibendung apabila ratusan penyokong bola sepak tanah air menyerbu ikon itu sebaik membuat kemunculan di pusat membeli belah Tun Razak Exchange, TRX, hari ini.

Walaupun kedatangan bekas pemain berusia 49 tahun itu tidak dihebahkan secara menyeluruh di media sosial, namun penyokong bola sepak tempatan yang mengetahui Beckham akan membuat kemunculan di pusat membeli belah terbabit sanggup menunggunya sejak pagi lagi.



Beckham disambut dengan sorakan daripada orang ramai apabila membuat kemunculan pada jam 6 petang selain turut sempat beramah mesra bersama peminatnya di pusat membeli belah itu.

Kehadiran bekas pemain Manchester United dan Real Madrid pada petang itu adalah bagi merasmikan pameran 30 tahun jenama kasut sukan antarabangsa.

Terdahulu Beckham meluangkan masa bersama pemain bola sepak wanita negara dalam Program Bolasepak Wanita Malaysia (AMGFP) di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, pagi tadi.
7
Kelibat bekas pemain itu dinantikan penyokong bola sepak tanah air yang tidak sabar mahu melihat bintang terkenal dunia itu secara dekat.

Beckham turut memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pemain bola sepak wanita dalam usaha meningkatkan motivasi mereka pada masa akan datang. BH



Beckham gegar TRX (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker