Terburai isi perut kerana salah faham

Terburai isi perut kerana salah faham

Hulu Selangor: Hanya kerana salah faham semasa minum minuman keras, lelaki warga Myanmar maut dibunuh dalam pergaduhan di sebuah rumah pekerja Ladang Sungai Gumut, Kampung Sungai Serian, Kalumpang, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dalam keadaan tertiarap dengan isi perutnya terkeluar.



Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.46 petang.

“Pengadu yang juga pekerja ladang memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan dua lelaki warga asing yang mengakibatkan seorang daripadanya cedera parah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan tangkapan ke atas dua lelaki warga asing dipercayai tinggal bersama mangsa, jam 1.30 pagi hari ini.

“Susulan tangkapan, seorang lagi lelaki berjaya ditahan di kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian jam 11 pagi hari sama.



“Polis percaya hubungan suspek dengan mangsa adalah adik saudara,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 33 tahun didapati negatif selain tidak mempunyai rekod lampau.

Menurutnya, dua suspek direman selama 14 hari bermula hari ini hingga 23 Mac ini manakala seorang lagi suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.



Mohd Asri berkata, dengan tertangkapnya semua suspek polis berjaya menyelesaikan kes itu kurang daripada 24 jam. HM

Terburai isi perut kerana salah faham

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker