Ismail lawat UAE esok

Ismail lawat UAE esok

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan Lawatan Kerja ke Emiriah Arab Bersatu dari 26 hingga 29 September 2022.

Perdana Menteri dijadual bertemu dengan Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu di Istana Presiden di Abu Dhabi.

Ini adalah pertemuan pertama antaraPerdana Menteri dengan pemimpin baharu UAE berikutan pelantikan Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sebagai Presiden UAE pada 14 Mei 2022, menurut Kementerian Luar Negeri.

Agenda perbincangan utama antara kedua-dua pemimpin adalah termasuk meneroka bidang kerjasama yang berpotensi bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan UAE.

Antara bidang tumpuan baharu adalah ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan, tenaga boleh diperbaharui serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5-Tahun.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama dan Ummah.

Ismail Sabri juga akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) bagi prospek kerjasama antara ADNOC dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.

Lawatan ini jelas adalah penting untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan UAE.

Pada tahun 2021, UAE merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan UAE pada tahun lalu meningkat 7.9% kepada RM22.29 bilion (AS$5.38 bilion) daripada RM20.65 bilion (AS$4.93 bilion) pada 2020. MG

Ismail lawat UAE esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker