Muhyiddin jangan selesa dahulu, Isnin ini akan didakwa lagi

KUALA LUMPUR: Selepas didakwa atas enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini semalam, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi di Mahkamah Shah Alam, Isnin ini (13 Mac).

Pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Difahamkan, jumlah terlibat dalam pertuduhan tersebut ialah RM5 juta.



Pada prosiding semalam, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk suap­an berjumlah RM232.5 juta bagi parti tersebut.

Pada 21 Februari lalu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM7 juta dan meminta rasuah sebanyak RM232 juta berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Shah Alam pada penghujung Februari lalu atas lima pertuduhan membabitkan rasuah berjumlah RM4.1 juta.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker