3 bulan dapat 25,000 pengikut, OKU sasar Silver Play Button [Video]

Bukan mudah untuk mendapat ramai pengikut di Youbute.

Tetapi bagi seorang remaja 14 tahun penghidap sindrom Noonan daripada Perak, dia berjaya memperoleh lebih 25,000 pelanggan Youtube dalam masa tiga bulan sahaja.

Dan kini, dia mengintai untuk mendapatkan 100,000 pelanggan demi memperoleh anugerah Silver Play Button dan Youtube.

Ketika dihubungi baru-baru ini, Muhammad Hazizi Nik Ismail, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Seri Iskandar, Perak, berkata dia pada mulanya hanya ingin berkongsi bakat memasak.



Lagi pun, dia mempunyai banyak masa kerana tidak lagi keluar rumah selepas ketumbuhan di lehernya semakin membesar.

“Dulu dia rajin berkawan. Sekarang dia dah tak berkawan.

“Duduk di rumah saja,” kata bapanya Nik Ismail Nik Zabri, 52, yang berkhidmat sebagai pemandu Grab itu.

Hazizi dan abang-abangnya

 



Sindrom Noonan ialah penyakit kelainan genetik yang menyebabkan pertumbuhan bahagian tubuh badan yang berbeza atau mengalami kecatatan organ.

Bagaimanapun, Hazizi berkata penyakit dialaminya tidak menjadi batu penghalang untuk dia berkongsi bakat memasak.

Hazizi berkata dia memulakan saluran masakan dan mukbang (ulasan makanan dalam kuantiti banyak) atas dorongan abangnya Muhammad Hafiz, 20.

“Abang yang mendorong saya untuk buat YouTube masakan dengan bantu merakam, menyunting dan mengurus video di akaun saya,” katanya Hazizi.



 Hazizi berkata memandangkan masih bersekolah, Hazizi hanya memuat naik video pendek pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Anak bongsu daripada empat beradik yang gemar bermain permainan video itu berkata menjadikan saluran YouTube Che Nom dan Oohami sebagai rujukannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker