Pemimpin buat pekak, jangan sampai UMNO senasib MCA

SAUDARA PENGARANG,

PRESTASI buruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berulang semula dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu.

Dalam PRN itu, UMNO hanya berjaya menguasai 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.



Bahkan tiada langsung wakil UMNO di Terengganu dan Kedah.

Di Kelantan pun sama, Barisan Nasional/UMNO hanya berjaya memenangi kerusi DUN Galas. Jelas menunjukkan penolakan terhadap UMNO walaupun Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan 100,000 peluang pekerjaan serta menyelesaikan isu air yang membelenggu rakyat negeri itu.

Ini menunjukkan parti Melayu itu gagal sepenuhnya di Kedah dan Terengganu.

Di Selangor, UMNO cuma ada dua kerusi. Cukup menyedihkan, parti keramat yang begitu gah selama ini hanya mampu menang 19 daripada 108 kerusi bertanding dengan majoritinya menang di Negeri Sembilan.



Mujurlah pemimpin berkaliber seperti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ADUN Bertam yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican masih diterima pengundi.

Justeru, kepimpinan UMNO perlu sentiasa beringat bahawa kemenangan UMNO dalam PRN Melaka dan Johor lalu disebabkan populariti Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukannya sebab Ahmad Zahid.

Oleh kerana itu, Ahmad Zahid perlu berundur jika sayangkan parti ini. Adakah Presiden UMNO mahu melihat parti itu menerima nasib sama seperti MCA yang  menjadi tidak relevan akibat ditolak bangsa sendiri?-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker