Nahas pesawat: Tayamum jenazah jika mandi memudaratkan

PETALING JAYA – Jenazah mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, dekat sini boleh tayamum sekiranya proses memandikan boleh memudaratkan lagi jenazah.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, apa yang penting ialah jenazah perlu dibersihkan untuk di­solatkan.

“Mayat yang tidak sempurna ini yang pentingnya setiap jenazah hendaklah dibersihkan dengan air suci. Segala kekotoran perlu dihilangkan kerana jenazah akan disolatkan.



“Solat dalam keadaan yang bersih, kecuali jika tidak boleh menggunakan air di mana boleh memudaratkan lagi jenazah, tayamum boleh dilakukan,” ­katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai keadaan jenazah yang mungkin tinggal cebisan, Abdul Rahman berkata, bahagian jenazah yang tinggal boleh disekalikan dan dika­fankan seperti biasa sebelum pengebumian.

“Bergantung pada keadaan jenazah, pihak yang biasa me­nguruskan jenazah mereka tahu cara-caranya. Bahagian jenazah perlu dicantumkan semua yang ada kemudian dibersihkan seterusnya dikafankan seperti biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, ada mayat mangsa nahas pesawat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berkecai.



Dalam insiden pukul 2.50 petang kelmarin itu, 10 lelaki di­sahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Guthrie.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker