Kapal AS dilanggar lagi oleh Houthi dalam serangan di Teluk Aden

Kapal AS dilanggar lagi oleh Houthi dalam serangan di Teluk Aden

SANAA: Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman mendakwa mereka melakukan serangan peluru berpandu ke atas kapal Amerika Syarikat (AS) di Teluk Aden, awal pagi ini.

Melalui kenyataan di media sosial, pemberontak Houthi mendakwa pasukan ‘tentera laut’ mereka menyerang kapal itu, Chem Ranger, dengan beberapa peluru berpandu yang kena ‘tepat pada sasraran’.



Namun, Houthi tidak memberikan maklumat lanjut termasuk masa serangan terbaharu itu, yang dilakukan di laluan perkapalan antarabangsa Laut Merah.

“Kami bertindak menentang penindasan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan menyerang balas membantah pencerobohan AS-Britain terhadap negara kita,” katanya.

Pencerobohan Houthi terhadap kapal di Laut Merah menyebabkan serangan dilancarkan terhadap Yaman oleh tentera AS dan British, malah AS turut melaporkan serangan terbaharunya ke atas sasaran Houthi, semalam.

Sementara itu, syarikat pengurusan risiko maritim Britain, Ambrey, memaklumkan Chem Ranger adalah kapal tangki kimia milik Kepulauan Marshall, AS.



“Tiada anak kapal terkorban atau kerosakan dilaporkan dalam serangan itu, ketika Chem Ranger sedang belayar dari Jeddah di Arab Saudi ke Shuwaik di Kuwait, apabila ia melaporkan dron mencurigakan mendekatinya,” katanya.

Menurut Ambrey, salah satu dron jatuh di laut kira-kira 30 meter dari kapal tangki dan sebuah kapal perang India bertindak balas terhadap serangan terbabit.

Ini adalah serangan kedua minggu ini terhadap kapal milik AS di Laut Merah selepas Genco Picardy diserang di teluk Aden lewat Rabu lalu, menyebabkan kebakaran yang mendorong tentera laut India menghantar pasukan penyelamat.

Kapal perang India itu menyelamatkan 22 kru kapal Genco Picardy termasuk sembilan kelasi warga India dan memadamkan kebakaran.



Houthi dilaporkan bukan sahaja melancarkan serangan, malah bertindak meningkatkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah sejak perang Israel dan Palestin meletus pada 7 Oktober lalu.

Ketika AS mengumumkan serangan terbaharunya ke atas Houthi semalam, Presiden AS, Joe Biden, berkata mereka akan meneruskan tindakan itu sehingga pemberontak yang disokong Iran berhenti menyasarkan kapal di Laut Merah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby, memberitahu pemberita bahawa tentera AS menyasarkan beberapa peluru berpandu anti-kapal yang dipercayai sedang bersedia untuk serangan berhampiran selatan Laut Merah.

Beberapa firma perkapalan utama bertindak menghentikan laluan mereka melalui Teluk Aden kerana serangan itu dan sebaliknya menggunakan laluan selamat mengellingi Tanjung Harapan di Afrika Selatan walaupun jauh. BH



Kapal AS dilanggar lagi oleh Houthi dalam serangan di Teluk Aden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker