Mayat lelaki diikat kaki, tangan dalam guni ditemukan terapung

ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam guni dengan kaki dan tangan diikat di pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu, Sungai Petani, hari ini. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kaki dan tangan diikat di dalam guni yang terapung di pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu di sini, hari ini.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan selepas terhidu bau busuk daripada guni yang tersangkut dipancang kayu penambat perahu  pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar berkata, pihaknya ke lokasi tersebut selepas dimaklumkan penemuan mayat seorang lelaki oleh nelayan berkenaan.

“Polis kemudian membuka guni itu dan mendapati mayat seorang lelaki yang telah mengelupas kulitnya dalam keadaan kaki dan tangan diikat. Mangsa masih memakai baju T tetapi tidak berseluar dipercayai dihanyutkan arus sebelum tersangkut di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.



Menurut Suresh, siasatan awal mendapati mangsa tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke sungai itu.

“Berdasarkan keadaan mayat yang menggelupas, kita percaya mangsa  terendam air dalam tempoh lebih 48 jam. Polis juga tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada mangsa mangsa dan sebab kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan,” katanya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar  untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker