Bersatu tidak ‘bersatu’, Wan Saiful akui ada pemimpin Bersatu lain akan ikut Zuraida

KUBANG PASU – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakui terdapat khabar angin beberapa pemimpin Bersatu lain akan mengikut langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu namun enggan mengulas lanjut.

“Adalah lebih baik untuk menunggu pengumuman itu. Saya tidak mahu mendahului (ulas).

“Saya dengar YB Xavier Jayakumar (Ahli Parlimen Kuala Langat) akan menyertai parti (PBM) tetapi saya tidak pasti jika ada pemimpin lain dari Bersatu (selain Zuraida) juga akan keluar untuk menyertai parti baharu,” katanya selepas menghadiri program minum pagi bersama Persatuan Pemandu Teksi Pekan Changlun di sini, pada Jumaat.

Wan Saiful ( dua, kanan) bertanya khabar pemandu teksi di Pekan Changlun selepas mengadakan pertemuan dengan mereka, pada Jumaat.

Menurutnya, situasi itu tidak akan melemahkan Bersatu sama sekali.

“Bersatu akan memberi tumpuan kepada perjuangan untuk memastikan kerajaan terus berkhidmat kepada rakyat.

“Kita tidak boleh terganggu dengan perebutan politik partisan sebaliknya harus terus fokus kepada perjuangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.

Tambah Wan Saiful, ia adalah perkara biasa bagi parti politik baharu untuk menarik pemimpin daripada parti lain untuk menyertai mereka berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Kita semakin menghampiri pilihan raya umum. Ini masanya untuk semua parti politik menarik orang ramai masuk parti masing-masing,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker