Penunggang motosikal maut rempuh lori

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Seremban, Negeri Sembilan. -MEDIA SOSIAL

SEREMBAN:  Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori dalam nahas di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi, 31, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu lori berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sepang menghala ke Pantai sedang bergerak terus.  Tiba- tiba datang motosikal mangsa dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu hilang kawalan jatuh dan masuk ke laluan lori.

“Siasatan awal mendapati, kawasan kemalangan adalah jalan mempunyai satu lorong dua hala. Keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker