Bomba keluarkan kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh

Khidmat bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersepit dalam ruangan pengering sebuah mesin basuh di Jalan Felda Lubuk Merbau, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.53 petang tadi.

“Kami bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan terbabit tersangkut dalam ruangan pengering mesin basuh jenis manual.



“Melihatkan keadaannya, kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa. Selepas 30 minit, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kembali kepada keluarganya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker