Guru Kafa tak mengaku salah hempas murid hingga patah kaki

Guru Kafa tak mengaku salah hempas murid hingga patah kaki

MARANG: Seorang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki sehingga patah kaki, Julai lalu.

Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.



Guru itu didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun, hingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki kanan dengan cara mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi kayu.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah ini pada 4.15 petang, 6 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Majistret menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 17 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan serta tidak boleh terbabit dengan jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Dalam kejadian Julai lalu, insiden itu disedari ibu mangsa berusia 36 tahun sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada 5 petang.

Murid itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran bagi pemeriksaan dan disahkan kakinya patah. Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu. FMT



Guru Kafa tak mengaku salah hempas murid hingga patah kaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker