Dr. Mahathir Mohamad `tersilap auta’?

Dr. Mahathir Mohamad `tersilap auta'?.Dr. Mahathir Mohamad `tersilap auta’?.

Apakah saya `tersilap tafsir’ atau Pengerusi Pejuang merangkap Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad `tersilap auta’?.

Mantan Pengerusi PH itu mendakwa konon saya telah `tersilap tafsir’ kenyataannya tentang UMNO akan menang PRU-15.

Konon saya tidak mengulas tuduhannya Melayu akan sokong UMNO disebabkan tawaran wang.



Berikut intipati kenyataan saya sebelum ini:

– Seseorang harus menasihati Tun Mahathir BERHENTI memperlekehkan orang Melayu.

– Majoriti Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar kesilapan atas apa yang berlaku sebelum dan selepas PRU-14.

– Melayu telah serik dengan hasutan, fitnah dan janji-janji manis manifesto bukan kitab suci, hanya mensucikan diri mereka sendiri supaya dilihat suci sahaja sebenarnya.



_ Melayu telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja ekonomi, malah keharmonian hidup bermasyarakat.

– Melayu telah mengerti betapa penting kerajaan yang berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil untuk mentadbir negara demi kemakmuran tanah air.

– Tindakan Mahathir terus melabelkan orang Melayu secara negatif boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


Baca Artikel Menarik:


 



Cukup-cukuplah Tun Mahathir. Ini zaman media sosial. Bukan lagi zaman di mana dia `menguasai’ segenap saluran maklumat.

Atau barangkali Tun Mahathir hanya membaca laporan media tertentu yang hanya melaporkan kenyataan saya sekerat-sekerat.

Jika begitu keadaannya maka tiada siapa dapat menolong kecuali terdapat sekelumit dalam hatinya untuk melihat kebenaran.

#PRU15



#TersilapAuta

#CukupCukupSudah

#YakiniBN

#PilihBN



#DemiKestabilan

#DemiKemakmuran

#DemiKesejahteraan

Dr. Mahathir Mohamad `tersilap auta’?.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ini semua salah lanun bola – TMJ

 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker