Kenaikan tarif air tak bebankan rakyat – MB Kelantan

Kenaikan tarif air tak bebankan rakyat – MB Kelantan

Pelarasan kadar tarif air dengan kenaikan purata 22 sen setiap meter padu tidak akan membebankan rakyat, kata Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata pelarasan yang akan bermula 1 Feb ini dibuat mengikut “kesesuaian”.



“Berdasarkan kajian juga, pelarasan tarif air terbabit dijangka tidak membebankan rakyat kerana kenaikan bil juga adalah tidak ketara,” katanya menurut Harian Metro, pada sidang media di Tanah Merah, Kelantan.

Pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Malaysia Barat dan Labuan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago memberitahu FMT bahawa penggantian paip lama dan mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebahagian strategi di sebalik pelarasan kadar itu, di samping menaik taraf loji rawatan air.

Nassuruddin hari ini berkata pelarasan kadar tarif itu juga akan membantu kerja naik taraf dan penyelenggaran, ke arah meningkatkan perkhidmatan air.



Katanya lagi, situasi semasa menunjukkan masalah air di Kelantan sudah berkurangan. “Begitu juga dengan aduan dan rungutan yang diterima daripada rakyat,” tambahnya. FMT

Kenaikan tarif air tak bebankan rakyat – MB Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker