Manifesto Barisan Nasional akan diumumkan esok

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifestonya esok dengan tawaran 10 teras utama dan 99 strategi untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 teras itu akan menjadi perubahan atau ‘game changer’ dalam meletakkan rakyat dan negara berada di landasan betul khususnya dalam menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi dunia tahun depan.

“Ada 99 langkah terperinci yang telah kita susun dan bagi menentukan setiap golongan masyarakat terutama B40 (golongan miskin), M40 (golongan pertengahan), tanpa melupakan T20 (golongan atasan) mendapat pembelaan.



“Kesejahteraan rakyat diberi keutamaan dan dalam masa sama memastikan pertumbuhan ekonomi negara (terus berlaku) dalam keadaan permulaan kemelesetan ekonomi dunia dijangka berlaku (tahun depan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.

Menurut beliau, manifesto tersebut akan menggariskan langkah-langkah yang bakal dilaksanakan bagi memastikan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia itu tidak akan memudaratkan atau memberi kesan buruk kepada rakyat negara ini.

Pada masa sama, jelas beliau, BN mahu memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) dipertingkatkan agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan nilai eksport meningkat.

Menurutnya, BN juga mahu memastikan golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, diberi latihan peningkatan kemahiran untuk meningkatkan peluang di pasaran kerja.



Beliau berkata, program serta usaha untuk membantu golongan siswazah menganggur akan turut dijelaskan dalam manifesto yang bertemakan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ itu.

“Pengumuman manifesto ini akan disiarkan secara langsung dalam media sosial dan disediakan dalam bentuk bahan bercetak yang akan diedarkan ke PDM seluruh negara,” jelasnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker