Pakatan Harapan khianat MoU, Annuar Musa pukul gendang PRU

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa mempersoal tindakan Pakatan Harapan (PH) tidak memohon rundingan berkenaan usul SOSMA yang tidak dipersetujui mereka.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, bahawa PH tidak melanggar memorandum persefahaman (MoU) kerana usul tidak dirunding dengan pembangkang dan tidak termasuk dalam MoU.

“Anthony Loke tentu tahu, usul berkenaan dibawa oleh menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merupakan pengerusi bersama dengan beliau dalam jawatankuasa Perundingan MoU.



“Apa alasan untuk beliau dan PH tidak memohon rundingan di adakan sekiranya tidak bersetuju (dengan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA),” katanya.

Menurutnya, tindakan PH enggan menyokong usul kerajaan adalah satu bentuk pengkhianatan membuktikan bahawa pembangkang tidak jujur dan gagal menjunjung semangat MoU.

“Adalah jelas PH sengaja bertindak secara ‘tikam belakang’, lebih menjengkelkan lagi bila melihat bagaimana PH ‘celebrate’ kejayaan menolak usul kerajaan dengan bersorak di dalam Dewan, jelas membuktikan PH tidak jujur, dan tidak boleh dipercayai.

“Kita tentu ingat, baru dua hari lepas, Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengugut kerajaan, berhubung pindaan perlembagaan dan Akta Anti Lompat Parti. Beliau menyatakan mahu menamatkan MoU jika ‘bill’ tidak dibentangkan dalam mesyuarat penggal pertama ini.



“Tidakkah ini juga petanda betapa tidak jujurnya DAP dan PH dalam melaksanakan MoU ini. Justeru PH, khususnya DAP perlu bertanggungjawab jika rosaknya MoU ini,” katanya di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan, usul untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi, gagal melepasi undi belah bahagi.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata, Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut ialah seramai 84 orang, manakala tidak bersetuju seramai 86 orang dan 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password



3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker