Serang ibu dengan kayu hingga patah tangan

Serang ibu dengan kayu hingga patah tangan

Seorang lelaki membelasah ibunya yang berusia 73 tahun hingga patah pergelangan tangan selepas wanita itu enggan memberikan wang bagi membeli dadah.

Wanita itu diserang dengan kayu oleh anaknya yang berusia 45 tahun di rumah mereka di Pelangi Damansara di sini pada jam 7 malam Sabtu lalu.



Wanita itu kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, susulan laporan wanita itu, pada jam 11.30 malam hari yang sama, polis menyerbu kediaman berkenaan dan menahan suspek.

“Polis menahan suspek yang berusia 45 tahun dipercayai terbabit dalam mencederakan ibu kandungnya sendiri.

“Wanita berkenaan kemudian menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek sering bertindak agresif dengan memukul dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 15 rekod dadah dan tiga rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya. BH

Serang ibu dengan kayu hingga patah tangan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker