BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin

BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin

Barisan Nasional (BN) berpuas hati walaupun hanya diberi empat jawatan Exco dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pada mulanya, BN berharap dapat mengisi sekurangnya-kurangnya lima jawatan Exco.



Menurut beliau, ia adalah berdasarkan fakta bahawa BN mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertinggi setelah memenangi 14 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Tetapi setelah kita mengadakan perbincangan bersama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) maka kita sudah capai keputusan secara kolektif untuk meletakkan kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan sebagai keutamaan.

“Kita ambil kira dari pelbagai sudut maka kita setuju dengan pecahan Exco empat dari BN, empat dari DAP dan dua dari PKR,” katanya kepada pemberita.

ADUN Pertang itu berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Kerajaan Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.



Selain beliau, tiga lagi ADUN dari BN yang dilantik sebagai Exco ialah Datuk Ismail Lasim (Senaling), Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi) dan Mustapha Nagoor (Palong).

Dalam perkembangan berkaitan, Jalaluddin menyifatkan pelantikannya sebagai Exco Kanan yang julung-julung kali diwujudkan secara rasmi dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan sebagai pengiktirafan kepada BN.

Menurut beliau, selain memastikan portfolio yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan baik, keutamaan akan diberikan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dalam keadaan stabil.

“Kita akan memastikan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menjadi contoh bagi negeri-negeri lain,” jelasnya. MG



BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker