Pemilik tolak jual Ayam serama Yellow MG walaupun ditawar RM25 ribu oleh pembeli

KOTA BHARU – Seekor ayam serama yang berusia setahun ditawar untuk dibeli dengan nilai RM25,000.

Tawaran beberapa kali untuk memiliki ayam serama bernama Yellow MG dari Terengganu itu bagaimanapun ditolak oleh pemiliknya, Nasarudin Mat Ali, 37, kerana terlalu sayang akan binatang peliharaan tersebut.

Joki ayam itu, Mohd Hilmi Mohd Ali, 38, berkata, Yellow MG diibaratkan ayam serama satu dalam seribu kerana memiliki ‘perangai’ yang memukau sekali gus menjadi rebutan peminat.



“Cara ayam ini beraksi seperti mengibas-ngibaskan kepak dan mendada hingga tidak kelihatan lehernya menyebabkan sesiapa pun yang melihat akan berasa terhibur.

30 minit saja dalam kondo – Ruhainies

“Yellow MG juga sudah menjuarai lebih 30 pertandingan sejak tahun 2023 sekali gus mengalahkan ayam serama dari negeri-negeri lain termasuk Kelantan, Johor serta Thailand,” katanya ketika ditemui di Pertandingan Burung Candik dan Ayam Serama Piala Ketua Polis Kelantan 2024 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, di sini pada Sabtu.



Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pertandingan itu disertai 972 peserta dalam negara selain turut melibatkan pencinta burung candik dan ayam serama dari Loas serta Thailand.

Pada pertandingan itu juga, Yellow MG menyandang juara Kategori Dewasa A mengalahkan 31 ayam serama lain.

Kata Mohd Hilmi, hobi memelihara dan ‘bermain’ ayam serama juga boleh menjana pendapatan apabila peminat haiwan itu sanggup meletakkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam serama terbaik.



Aksi memukau Yellow MG menyebabkan nilainya tinggi.
Aksi memukau Yellow MG menyebabkan nilainya tinggi.

“Menjaga ayam serama, mudah sahaja dengan kos dedak makanan sekitar RM30 sebulan, tetapi sangat penting ‘belaian’ dan kasih sayang barulah ayam itu menjadi cantik dan boleh mencecah nilai antara RM3,500 hingga RM25,000 bahkan lebih tinggi lagi,” katanya yang turut memberitahu jangka hayat binatang tersebut adalah antara lima hingga enam tahun.

Tambah Mohd Hilmi, ayam serama yang dijaga dengan baik bukan sahaja boleh menaikkan nilainya tetapi juga memanjangkan jangka hayat ayam hingga 10 tahun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker