ISTIMEWA MERDEKA: Pelakon Cilik Ummi Khazriena & Hong Ming Kembali Selepas 15 Tahun (Video)

ISTIMEWA MERDEKA: Pelakon Cilik Ummi Khazriena & Hong Ming Kembali Selepas 15 Tahun (Video)

Suatu ketika dahulu, di bulan kemerdekaan, kita sering dapat melihat banyak filem pendek muncul di TV berkisarkan hari kebangsaan. Salah satu iklan merdeka yang ditunggu -tunggu adalah dari arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Pasti ramai yang masih ingat lagi dua kanak-kanak kecil yang membintangi iklan Merdeka pada sekitar tahun 2007.

Ketika itu mereka masih belajar dalam Tahun 1 di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Mereka tidak lain daripada pasangan sahabat karib Ummi Khazriena Skhrudin & Tan Hong Ming.



Ternyata sikap jujur dan kecomelan mereka begitu terserlah dalam iklan muhibbah itu apabila diwawancara tentang persahabatan mereka.

Kini, selepas 15 tahun berlalu, Ummi Khazriena dan Hong Ming telah bergelar remaja dan dipertemukan semula untuk sebuah lagi iklan bagi sambutan Merdeka ke-65 tahun ini.

Ia diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti) dan diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.



Melalui video berdurasi kira-kira 8 minit itu, Ummi dan Hong Ming berkongsi cerita terbaru tentang diri mereka selain mengimbas kenangan bersama arwah Yasmin.

Mereka juga meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Mr

ISTIMEWA MERDEKA: Pelakon Cilik Ummi Khazriena & Hong Ming Kembali Selepas 15 Tahun (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi



PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker