PN lawan BN di 27 kerusi kritikal – Wan Saiful

#PRU15

PN lawan BN di 27 kerusi kritikal – Wan Saiful

Pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di 27 kerusi kritikal tidak dapat dielakkan kerana keengganan Umno berunding, kata Wan Saiful Wan Jan.

Mengesahkan PN akan meletakkan calon di semua kerusi itu, ketua penerangan Bersatu itu berkata, pembahagian kerusi antara komponen telah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.



“Ya (ada pertembungan dengan Umno di 27 kerusi kritikal) sebab mereka (Umno) tidak mahu berbincang,” katanya kepada FMT.

“Kita kena ingat selama ini yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan pertembungan apabila Umno tidak mahu berbincang dalam rundingan kerusi tersebut.

“Apabila sikap itu diambil mereka, kita tidak ada pilihan kerana keputusan itu telah dibuat oleh Umno sendiri.”

Pada 19 Okt, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Bersatu sudah diberitahu agar tidak berlaku pertembungan berlaku di 27 “kerusi kritikal” dengan Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Beliau berkata, langkah ini bagi memastikan kerusi terbabit tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selepas BN dan PN memutuskan untuk tidak bekerjasama pada PRU ini.

Sebanyak 27 kerusi Parlimen itu melibatkan 20 kerusi dimenangi PH susulan pertembungan PAS-Umno, manakala baki tujuh kerusi berisiko jatuh ke tangan PH disebabkan kekalahan tipis gabungan pembangkang itu pada PRU14.

Zuhdi mencadangkan kerusi terbabit dinamakan “kerusi Muafakat Nasional” bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan oleh dua parti terbesar Melayu itu.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan BN adalah musuh mereka selain PH pada PRU15. FMT



PN lawan BN di 27 kerusi kritikal – Wan Saiful


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker