Pilihan Raya Umum ke-15: Siapakah yang akan diberikan kontrak oleh rakyat?

 

TANGGAL keramat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dinanti-nantikan sejak sekian lama seluruh rakyat Malaysia akhirnya telah ditetapkan pada 19 November depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempena sidang media PRU15 pada Khamis lalu, secara rasminya telah mengumumkan tarikh cukup bersejarah itu sekali gus membuka tirai pesta demokrasi yang turut menyaksikan penamaan calon jatuh pada 5 November dan pengundian awal pula 15 November nanti.



Akhbar harian Tamil, Makkal Osai melaporkan SPR telah memperuntukkan tempoh selama 14 hari untuk mengadakan kempen PRU15 bagi mempromosikan manifesto mendahulukan kemakmuran setiap pengundi dan menjamin pembangunan negara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah menyatakan hari mengundi dan penamaan calon akan berlangsung pada hujung minggu iaitu hari Sabtu.

Pada masa yang sama, tiga buah negeri iaitu Perak, Perlis dan Pahang bakal menyaksikan pertandingan secara serentak untuk kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru ketiga-tiga negeri berkenaan berada di bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang mana Pahang memiliki 42 kerusi DUN, Perlis sebanyak 15 kerusi dan Perak pula 59 kerusi maka parti BN telah mengambil pendekatan tersendiri untuk mengekalkan kemenangan diraih itu.



Sementara itu, negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai parti komponen Pakatan Harapan (PKR) telah bertegas untuk menyempurnakan tempoh matang PRU14 dan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk kerusi DUN pada tahun depan.

Jelas Makkal Osai bahawa sebelum ini negeri Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak sudah mengadakan PRN negeri masing-masing.

Zon gerun

Bagaimanapun, pertandingan merebut kerusi DUN Bugaya di Sabah akan berlangsung serentak dengan PRU15 kelak.



PRU15 pada kali ini juga telah memastikan keseluruhan jumlah kerusi Parlimen yang sebanyak 222 kerusi akan bertanding dalam pesta demokrasi tersebut.

Dalam pada itu, mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, mana-mana parti dan barisan komponen yang akan bertanding pada PRU15 itu sebenarnya berada dalam zon gerun dan tiada kepercayaan sepenuhnya tentang kemenangan mereka.

Musa turut meramalkan selepas selesai hari mengundi PRU15, parti UMNO dan BN juga tiada jaminan akan meraih kedudukan untuk membentuk kerajaan baharu di negara ini.

Ini disebabkan kemungkinan besar kedua-dua parti tersebut akan bertukar wajah kepada parti minoriti.



Menurut Musa, beliau membuat kesimpulan bahawa kesemua parti politik yang bakal bertanding pada PRU15 itu berada dalam status berjaga-jaga serta kurang yakin tentang keputusan atau nasib yang bakal menimpa.

Parti-parti politik juga tidak pasti tentang trend pengundi dan mereka agak sukar menjangka apa yang bakal berlaku serta pihak mana dapat meraih mandat baharu rakyat itu.

Berikutan itu, kesemua parti politik mengamalkan sikap tunggu dan lihat sebaliknya segala keputusan tentang pelan pembentukan kerajaan baharu akan dirancang selepas hari penentu PRU15 itu.

Musa turut meluahkan kebimbangannya bahawa UMNO kemungkinan besar tidak dapat kemenangan besar seperti PRU yang lampau ironinya menjadi parti minoriti.



Beliau percaya pada PRU15 nanti Malaysia dan rakyat akan dapat menyaksikan satu parti politik juga tidak dapat menjamin kemenangan dengan majoriti besar.

* Jagatheswary Narayanan ialah penulis bebas di Johor

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker