Kapal Kontena Terbesar Dunia Sebesar 4 Padang Bolasepak Berlabuh Di Britain

Kapal Kontena Terbesar Dunia Sebesar 4 Padang Bolasepak Berlabuh Di Britain

LONDON – Sebuah kapal kontena terbesar di dunia yang menyamai saiz empat  padang bola sepak tiba di Pelabuhan Felixstowe, Suffolk, lapor akhbar Metro UK.

Kapal yang diberi nama Ever Ace itu adalah milik syarikat sama yang memiliki Ever Given. Kapal Ever Given mencetuskan insiden Terusan Suez tersekat pada Mac lalu.



Ketibaan Ever Ace sangat dinanti-nantikan apabila lebih 100 pekerja pelabuhan mengerumuni kawasan pelabuhan sebaik sahaja ia memasuki muara Sungai Orwell awal pagi kelmarin.

Tiada maklumat tepat tentang isi kontena yang dibawa oleh Ever Ace namun dipercayai majoriti barangan tersebut adalah produk yang dihasilkan di Asia Timur.



Kapal  itu dijadualkan meneruskan perjalanan ke bandar Hamburg, Jerman lusa.

Empat bot tunda terpaksa digunakan untuk membantu Ever Ace berlabuh di ruangan yang disediakan dengan mengambil masa satu jam.

Kapal seberat 235,579 tan itu dibina tahun lalu untuk syarikat perkapalan berpangkalan di Taiwan, Evergreen Marine.  Ever Ace memiliki panjang 400 meter dengan lebar  61.5 meter.



Kapal  berdaftar di Panama itu boleh memuatkan 23,992 buah  kontena iaitu melebihi  26 kontena berbanding kapal kontena terbesar sebelumnya, HMM Algeciras.

Jika kargo Ever Ace perlu diangkut menggunakan pesawat, sebanyak 1,400 jet jumbo diperlukan untuk menerbangkannya. – Agensi

Kapal Kontena Terbesar Dunia Sebesar 4 Padang Bolasepak Berlabuh Di Britain


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buka sekolah: KPM perlu tumpu tiga aspek – i-Guru



Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker