Kepimpinan PH-Umno akan runding isu jawatan JPKK

Kepimpinan PH-Umno akan runding isu jawatan JPKK

Kenyataan Umno negeri Selangor yang mahu Pakatan Harapan (PH) negeri menyerahkan kesemua jawatan 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu akan dibincang oleh pucuk pimpinan kedua-dua gabungan itu.

Sumber dalam kerajaan negeri berkata perkara itu kini telah diserahkan untuk keputusan pucuk pimpinan PH dan Umno.



“Kami diberitahu pucuk pimpinan PH dan Umno akan bincang mengenai rundingan jawatan JPKK.

“Kita biarkan pucuk pimpinan buat keputusan,” kata sumber itu.

Katanya, rundingan tidak akan dibuat secara tergesa-gesa dan mungkin akan mengambil sedikit masa.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain yang dipetik media berkata Umno Selangor mahu sebanyak 373 jawatan JPKK.



Difahamkan, permintaan itu sebagai gantian keputusan Umno menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada sekutunya PH.

“Keputusan sudah dicapai, kita serah semula semua jawatan ahli majlis yang telah ditawarkan kepada Umno untuk diisi PH kerana kita menghormati parti itu yang menguasai kawasan bandar.

“Kita mahu PH menjaga bandar dan Umno menjaga kawasan kampung,” kata Megat seperti dilapor Sinar Harian .

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan kerajaan negeri Selangor masih tidak dapat menyelesaikan pelantikan ahli majlis membabitkan 12 PBT bagi sesi 2024-2025.



Menurut sumber dalaman kerajaan negeri, keengganan Umno menerima tawaran Menteri Besar Amirudin Shari merumitkan pelantikan 272 ahli majlis baru.

Susulan itu, Umno menyerah balik 20 kerusi PBT yang ditawarkan dan kemudian meminta 373 kerusi JPKK.

Dalam pada itu, Adun Batu Tiga Danial Al-Rashid berkata kedua-dua pihak perlu ke meja rundingan untuk menyelesaikan pembahagian jawatan JPKK.

“Amanah menyeru agar sebarang perkara yang berlaku kali ini, diselesaikan melalui rundingan.



“Kami merujuk kepada kaedah pembahagian kerusi lantikan politik yang mengikut nisbah kerusi menang, yang telah digunakan sejak tahun 2008 melalui kerjasama Pakatan Rakyat dah diteruskan sehingga kini.

“Kami berharap agar Umno dapat mengikut kaedah terbaik yang digunakan ini. Sudah pasti kaedah ini berbeza dengan amalan yang biasa digunakan dalam BN.

“Saya menyebut dengan kesepakatan meja rundingan, kita pasti dapat mencapai sesuatu yang baik dalam mentadbir negeri Selangor,” katanya.
MK

Kepimpinan PH-Umno akan runding isu jawatan JPKK



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker