Adakah COVID-19 bakal cetus revolusi seperti Black Death?

RAMAI yang mengaitkan pandemik COVID-19 dengan pandemik Black Death yang pernah berlaku pada kurun ke-14 (1346-1353) di Eropah, Afrika Utara dan sebahagian Timur Tengah.

2. Black Death telah membunuh lebih 100 juta nyawa, ketika populasi penduduk dunia ketika itu baru mencecah 500 juta.

3. Mengikut rekod, hampir 60 peratus penduduk Eropah dan satu pertiga penduduk Timur Tengah terkorban disebabkan pandemik paling teruk dalam sejarah kemanusiaan ini.



4. Setelah pandemik ini berakhir, ia mengubah dunia secara drastik termasuk kebangkitan golongan pekerja (peasants) untuk menghapuskan feudalisme iaitu sistem kemasyarakatan dan ekonomi yang dikuasai oleh golongan bangsawan yang menindas golongan pekerja.

5. Ia akhirnya membawa kepada revolusi golongan pekerja pada tahun 1381.

6. Jumlah kematian disebabkan pandemik COVID-19 baru menghampiri 6 juta nyawa (populasi penduduk dunia 7.9 billion) masih jauh berbanding Black Death, namun kita sudah mula melihat bagaimana ia telah mengubah cara hidup dan cara pandang kita terhadap dunia.

7. Adakah COVID-19 juga bakal mencetuskan revolusi dan perubahan struktur masyarakat dunia? Sama-sama kita tunggu dan lihat.



 Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim 
Setiausaha Agung BERJASA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker