#PRNMelaka : Calon Berwibawa, Terima Kasih Pucuk Pimpinan BN Pusat

Oleh : @BamJekk

PWTC – Pengerusi Badan Perhbungan UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN pusat yang telah memberikan satu wajah baharu dalam menilai dan memberi pertimbangan kepada calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka.

“Saya melihat tokoh-tokoh yang diketengahkan dari pelbagai bidang pendidikan tinggi dan juga kepakaran masing-masing yang boleh menarik minat rakyat dan juga sekaligus proses peremajaan UMNO”

“Saya juga melihat calon-calon ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan kepakaran bidang masing-masing” katanya ketia ditemui selepas pengumuman calon disini.



Kata beliau lagi, marilah bersama-sama BN yang memayungi kerajaan negeri Melaka, cukuplah sekali kita diperintah 22 bulan oleh parti yang memberikan janji dan tipu helah akhirnya kita meminta rakyat supaya UMNO, keluarga BN (MCA,MIC) dapat bersama-sama sepakat menerajui negeri Melaka pada PRN yang ke 15 ini. Undilah BN demi keakmuran dan kestabilan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker