Kanak-Kanak Lelaki Haidar Jatuh Dalam Telaga Di Afghanistan Meninggal Dunia

Kanak-Kanak Lelaki Haidar Jatuh Dalam Telaga Di Afghanistan Meninggal Dunia

Kandahar: Kanak-kanak lelaki lima tahun yang jatuh dalam perigi di perkampungan Shokak, Zabul di Afghanistan meninggal dunia hari ini.

Mayatnya ditemui selepas usaha menyelamat berlangsung selama 70 jam, menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri di Twitter yang dilapor NDTV.

Kanak-kanak itu dikenali Haidar terperangkap dalam perigi di kedalaman 20 meter sejak Selasa lalu dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menghampirinya susulan halangan batu besar.

Pasukan penyelamat telah bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkannya yang disahkan masih hidup sehingga pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita, adik Haidar telah pergi meninggalkan kita buat selamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri,  Anas Haqqani dalam satu ciapan di Twitter.

Insiden yang menimpa Haidar itu berlaku kira-kira dua minggu selepas kejadian hampir serupa berlaku di Maghribi yang melibatkan seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Rayan.

Terdahulu, Jurucakap Polis Zabul, Zabiullah Jawhar berkata, pasukan penyelamat bertugas sepanjang malam dan batu besar menghalang mereka daripada terus menggali.

“Kami bimbang debu pasir jatuh menimpa budak itu (Haidar) dan boleh menyebabkan kehilangannya, jadi kami sangat berhati-hati,” katanya kepada AFP.

Datuk kanak-kanak itu, Abdul Hadi, 50, berkata, Haidar jatuh pada Selasa ketika dia cuba “membantu” penduduk menggali lubang di kampung itu yang menghadapi kemarau.

Sumber berkata, Haidar jatuh di kedalaman 25 meter tetapi berjaya ditarik dengan tali sehingga 10 meter sebelum tersangkut.

Wakil kerajaan Taliban kelihatan memantau operasi itu, malah beberapa pegawai memuat naik video penyelamatan yang rumit terbabit, untuk gambaran bagaimana rejim tidak akan terlepas daripada menjaga rakyatnya.

Selain itu, video tular di media sosial sejak Khamis, menunjukkan Haidar tersepit dalam perigi namun masih dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Dalam video itu, bapa Haidar kedengaran berkata, “awak OK anakku? Cakap dengan saya dan jangan menangis. Kami sedang berusaha bawa awak keluar.”

Juga terdengar jawapan Haidar, “OK, saya akan terus bercakap.”

Kejadian menimpa Haidar berlaku kira-kira dua minggu selepas tragedi Rayan, iaitu kanak-kanak lima tahun yang terjatuh dalam perigi berkedalaman 32 meter di Maghribi.

Rayan bagaimanapun meninggal dunia pada 6 Februari lalu, selepas diselamatkan pada hari kelima dia terperangkap. Pemergian Rayan diratapi seluruh dunia.-Al Jazeera

Kanak-Kanak Lelaki Haidar Jatuh Dalam Telaga Di Afghanistan Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker