Tentera bawang Malaysia vs tentera bawang Bulgaria

Tentera bawang Malaysia vs tentera bawang Bulgaria

Ingatkan ‘tentera bawang’ Malaysia sahaja yang paling ‘ganas’ di laman sosial, rupanya ‘tentera bawang’ Bulgaria juga boleh tahan.

Insiden pergaduhan dan kekalahan 1-0 kelab Bulgaria, Levski Sofia di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan netizen dari Bulgaria ‘menyerang’ Facebook (FB) rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST).



JST yang berkongsi keputusan perlawanan dan menerangkan punca perlawanan terhenti disebabkan tiadanya semangat kesukanan oleh pemain Levski Sofia menyaksikan penyokong kelab terbabit tidak berpuas hati.

Sebaliknya ‘tentera bawang’ Levski Sofia mendakwa pemain skuad Harimau Selatan yang memulakan pergaduhan di minit 54 babitkan tindakan Fernando Forestieri menumbuk pemain lawan.

Malah, segelintir netizen itu turut melemparkan kata-kata makian seperti monyet ke atas pemain JDT.

Situasi itu kemudian di balas peminat bola sepak tanahair yang mempertahankan pemain JDT dan menyifatkan barisan pemain Levski Sofia tidak profesional.



Malah ada yang mendoakan agar keselamatan pemain JDT dalam keadaan baik dan terkawal.

“Semoga yang baik-baik”, tulis Zulidia Tamsor di ruangan komen FB JST.

Seorang penyokong JDT turut berharap insiden itu menjadi pengajaran berguna di mana tidak perlu melakukan pramusim sehingga ke Dubai dan sebaliknya cukup sekadar di rantau Asia Tenggara saja.

“Kalau pergi luar nak bergaduh baik tak payah pergi buat malu nama Malaysia. Baik friendly je dalam Malaysia lawan Penang, UiTM FC dan PDRM FC,” tulis Mohd Irwan Affendi.



Dalam aksi itu, JDT terlebih dulu mendahului lawan 1-0 menerusi ledakan Juan Muniz di minit 24 sebelum ia terpaksa dihentikan pada awal babak kedua selepas berlaku pergaduhan tumbuk menumbuk antara pemain skuad Harimau Selatan dan Levski Sofia di minit 54.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menyalahkan pengadil dari Serbia dilihat gagal mengawal perlawanan hingga menyebabkan insiden itu berlaku.

Malah katanya, kekasaran pihak lawan serta tindakan meludah pemain JDT langsung tidak diendahkan pengadil hingga tercetusnya pergaduhan. HM

Tentera bawang Malaysia vs tentera bawang Bulgaria



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan



Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker