Menteri pertahan kenyataan situasi tanah rizab Melayu Kedah

Menteri pertahan kenyataan situasi tanah rizab Melayu Kedah

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mempertahankan kenyataan mengenai tanah rizab Melayu di Kedah yang dilabel pembangkang sebagai suatu pembohongan.

Menurut Nik Nazmi, kenyataannya yang menjelaskan kedudukan tanah rizab Melayu yang berkurangan di negeri itu dibuat berdasarkan keadaan baru-baru ini.



Menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul ahli parlimen Setiawangsa itu berkata demikian sebagai responsnya terhadap usul dibawa pembangkang yang mahu merujuk da kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Melalui ciapan di Twitter, Nik Nazmi memuat naik surat tersebut bersama surat daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah yang dirujuknya semasa membuat penjelasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam ciapan itu Nik Nazmi turut membidan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membantah data yang dibentangkan itu.

“Saya telah hantar penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat sebagai maklum balas terhadap usul merujuk saya ke jawatankuasa hak dan kebebasan.



“Saya sertakan surat PTG Kedah. Menteri Besar Kedah kata tanah rizab Melayu Kedah meningkat dari 1933.

“Namun, saya fokus pada tahun beliau jadi menteri besar, bukan era British atau Jepun,” ciapnya.

Dalam jawapannya kepada Johari, Nik Nazmi juga merujuk kepada satu lagi surat daripada Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman, dengan pertanyaan mengenai jawapannya di parlimen pada 3 April yang memetik data daripada PTG Kedah.

Kata Nik Nazmi jumlah yang disebutnya – 716, 537.28 hektar tanah rizab Melayu – adalah seperti maklumat yang diterima Jabatan Tanah dan Galian daripada PTG, dikemas kini sehingga 30 Nov tahun lepas.



“Jabatan itu tidak menerima sebarang maklumat tambahan daripada pentadbir tanah Kedah mengenai jumlah saiz tanah rizab Melayu antara 30 Nov tahun lalu dan 29 Mac.

“Justeru, nombor yang saya berikan adalah tepat setakat ia dibacakan,” kata Nik Nazmi.

Menurutnya lagi jumlah yang lebih besar yang dipetik oleh Tarmizi – 721,496.95 hektar setakat 19 Jan – tidak dikongsi dengan jabatan tanah dan galian negeri.

“Semua data yang dikumpul diterima tanpa prejudis daripada semua pejabat tanah negeri yang telah memberikan nombor terkini setiap tahun,” katanya.



Semalam, tiga ahli parlimen diarah keluar dari Dewan Rakyat ekoran pertikaian yang tercetus selepas Awang Hashim (PN-Pendang) menuduh Nik Nazmi sebagai pembohong.

Selain Awang, Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) turut diarah meninggalkan Dewan. Mk

Menteri pertahan kenyataan situasi tanah rizab Melayu Kedah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker