Kelantan antara tertinggi kes jenayah seksual kanak-kanak walaupun ada undang-undang syariah – Menteri KDN

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Kelantan merupakan antara negeri yang merekodkan kes jenayah seksual kanak-kanak yang tinggi, walaupun negeri itu mempunyai kanun jenayah syariah.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mencadangkan negara perlu mengamalkan undang-undang syariah untuk mencegah kes jenayah seksual kanak-kanak.

“(Ahmad Tarmizi)…Dia kata peningkatan salah laku ke atas jenayah seksual kanak-kanak ini berpunca daripada kegagalan undang-undang yang ada sekarang sebab tak dilaksanakan enakmen syariah.



“Kanun jenayah syariah ini buat di Kelantan. Tapi, Kelantan antara negeri kes yang paling tinggi,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Katanya, berdasarkan statistik polis, kes jenayah seksual kanak-kanak semakin meningkat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, sementara menurun di Pulau Pinang, jika dibandingkan bagi tahun 2022 dan 2023.

Semalam, Ahmad Tarmizi memetik laporan statistik Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain, memberitahu Dewan Rakyat bahawa jenayah seksual kanak-kanak meningkat sebanyak 11.8 atau 202 kes dari tahun lepas sehingga awal tahun ini.

Katanya, undang-undang sivil di Malaysia tidak dapat mengendalikan kes sedemikian menjadi punca peningkatan jenayah seksual bawah umur.



Dia mencadangkan undang-undang syariah perlu digubal di setiap negeri untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan juga berkata Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga dikenali sebagai RUU355 perlu dipinda bagi memastikan jenayah seperti itu dapat dicegah.

Bagaimanapun, Saifuddin menolak pandangan tersebut sebagai tidak berasas.

“Dia memetik taklimat yang diberikan kepada saya oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Jadi, dia ambil sebahagian daripada itu dan berkata bahawa kes kesalahan seksual kanak-kanak kerana tak dilaksanakan enakmen syariah macam di Kelantan.

“Tapi, saya sebut dari segi angka. Sebab angka tak menipu. Di Kelantan 98 peratus adalah Muslim.



“Jadi saya hendak nasihat kepada Ahli Parlimen Sik tak payah nak ambil satu atau dua segmen secara terpisah. Marilah kita ambil tanggungjawab ini secara bersama kerana ini adalah masalah dalam masyarakat kita.

“Penyakit ini tidak terhenti dengan menyebut bahawa tidak melaksanakan kanun jenayah syariah inilah kesannya,” katanya.

Saifuddin juga berkata statistik itu menunjukkan bahawa golongan B40 paling ramai terlibat dalam jenayah seksual kanak-kanak.

“Bagi setiap 100 pelaku, 70 peratus adalah kelompok B40. Maksudnya apa? Ia dilakukan oleh golongan status ekonominya rendah.



“Bagi kelompok M40 pula adalah 24 peratus bagi 100 pelaku manakala pecahan mengikut kaum pula menunjukkan 67 peratus pelaku jenayah berkenaan adalah Melayu.

“Sekarang bukan masa untuk menunjukkan kelompongan dan salah itu ini kerana ia adalah tanggungjawab bersama untuk mengatasi jenayah tersebut,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker