Intan Najuwa luah tentang jodohnya

Intan Najuwa luah tentang jodohnya

Pelakon, Intan Najuwa enggan mengambil peduli dakwaan warganet yang menuduh dirinya bernikah dengan lelaki berpangkat Datuk hanya kerana wang.

Pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, menegaskan jodohnya bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman sudah ditentukan Tuhan.



“Saya ada baca komen-komen di media sosial itu.

“Ada orang cakap saya kahwin sebab duit. Ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap, tetapi yang melalui kehidupan itu adalah saya.

“Susah atau senang, semua kita telan sendiri. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita,” katanya.

Intan ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Cinta jenama mewah Lady of Leisure diasaskan oleh Dada Herzoq Al-Attas di Kuala Lumpur, semalam.



Lumrah sebagai anak seni, pelakon Suamiku Mr Blind itu mengakui sudah lali dengan cakap-cakap warganet.

Ditanya adakah suaminya meletakkan batas untuk berlakon selepas bergelar isteri, Intan hanya mampu tersenyum.

“Buat masa ini dia tidak cakap apa-apa.

“Ya, kami baru berkahwin, tapi saya sebagai isteri kena faham dan letak batasan.



“Saya sendiri akan bersuara sekiranya ada pengarah atau produksi meminta yang bukan-bukan sebelum suami bersuara,” tambahnya.

Terdahulu, Intan selamat bernikah dengan ahli perniagaan tersebut pada 24 Ogos lalu.

Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

Angka itu diambil sebagai simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua. Utusan



Intan Najuwa luah tentang jodohnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker