Rugi tidak solatkan jenazah

Rugi tidak solatkan jenazah

Membicarakan tentang keperluan dan tuntutan bagi waris terhadap si mati, dalam amalan masyarakat kita hari ini, terdapat satu amalan yang menjadi budaya yang mungkin kita terlepas pandang iaitu apabila si mati meninggal pada waktu petang sebelum maghrib, lazimnya jenazah hanya akan diuruskan pada keesokan harinya.

Sedangkan dalam Islam Baginda s.a.w. telah menyatakan bahawa tiga benda yang perlu disegerakan iaitu apabila dengar azan segera solat, apabila anak perempuan cukup masa dikahwinkan dan apabila mati seseorang maka ia perlu disegerakan.



Justeru itu sekiranya jenazah yang meninggal tidak dimandikan dan dikafankan dengan segera dan tunggu hingga keesokan harinya, sudah tentu orang yang datang melawat tidak dapat solatkan jenazah, sedangkan itulah amalan yang sangat dituntut dalam Islam terhadap si mati. Apalagi hukumnya adalah fardu kifayah.

Apa yang boleh dilakukan bagi tetamu ketika itu hanyalah membacakan surah Yassin dan tahlil sahaja. Keadaan ini pastinya merugikan jenazah kerana tidak mendapat fadilat yang besar dan lebih dari solat yang didirikan oleh tetamu.

Dalam sebuah hadis riwayat dari Abu Daud,

“Tidaklah seorang muslim mati lalu disolatkan oleh 3 saf kaum muslimin melainkan doa mereka akan dikabulkan”



Manakala dalam riwayat yang lain yang lebih panjang menyebutkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tidaklah seorang muslim meninggal dunia kemudian disolatkan oleh 40 orang yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafaat (doa) mereka untuknya” (HR Muslim)

Hakikatnya tuntutan yang sebenar-benar adalah solatkan jenazah. Apabila semua urusan memandikan dan mengkafankan jenazah sudah diurus sudah tentu tetamu boleh solatkan jenazah berulang kali serta membacakan surah Yassin.

Bermakna jenazah memperoleh dua fadilat berbanding hanya satu sahaja. Secara tidak langsung sepanjang malam jenazah dapat disolatkan dan dibacakan al-Quran. Apalagi dalam sebuah hadis disebutkan bahawa jenazah akan beroleh syafaat dari orang yang mensolatkannya,



“Tidaklah seorang yang telah meninggal dunia disolatkan (dengan solat jenazah) oleh sekelompok kaum muslimin yang mencapai 100 orang, lalu semuanya memberi syafaat (mendoakan kebaikan untuknya), maka syafaat doa mereka akan diperkenankan” (HR Muslim)

Pahala solatkan jenazah juga sangat besar sebagaimana sabda Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dan solat ke atas jenazah tersebut kemudian ia terus mengikut jenazah tersebut hingga dikebumikan maka ia mendapat pahala dua qhirat di mana setiap qhirat sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat ke atas jenazah kemudian terus pulang, maka ia mendapat pahala seperti gunung Uhud (1 qhirat)” (HR Muslim)

Allahu! Gunung Uhud ni tinggi lebih kurang 1.077 meter dari aras laut dan besar pula. Jadi, bayangkan sebesar itu pahala yang diperoleh bagi orang yang solat jenazah tidak pun sampai 5 minit, dan tidak perlu rukuk atau sujud. Cukup sekadar berdiri dengan takbir dan bacaan yang paling mudah.



Begitu besar ganjaran pahala yang Allah sediakan bagi orang yang solatkan jenazah. Justeru itu jangan lepaskan peluang untuk solatkan jenazah dan jangan biarkan jenazah tidak diuruskan sepanjang malam.

Mati dahulu baru hidup kembali

Dalam pada itu surah al-Mulk ayat 2, Allah telah berfirman,

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”



Ayat ini dengan jelas bertentangan dengan lojik akal kerana menyatakan mati dahulu baru hidup. Mengikut pertimbangan akal, sudah pasti ayat ini bertentangan dengan fitrah manusia kerana kita ini mesti hidup dahulu barulah mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu di alam dunia barulah mati. Sama seperti manusia makan dahulu barulah kenyang.

Tetapi Allah sebut mati dahulu baru hidup. Allah tidak akan sembarangan menyebutnya, walaupun satu huruf ia tetap ada maksud dan hikmah. Ada nilai yang besar di sisi Allah dan bukan diucap secara suka-suka. Jika mengikut pada perkiraan kita, tidak kisahlah mana dahulu tetapi pada perkiraan Allah, Ia tidak begitu.

Ada beberapa pandangan dalam melihat persoalan ini antaranya ia sebagai satu sebab Allah ingin menarik perhatian kita supaya lebih memberi perhatian pada soal mati dari hidup kerana itu merupakan kunci sebelum kita bertemu Allah apatah lagi kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara.

Selain itu, Allah menyebutkan mati dahulu baru hidup kerana kita ini asalnya dahulu tiada (mati), kemudian diadakan oleh Allah (hidup). Ini diperkuatkan dengan surah al-Baqarah ayat 28



“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir). Kemudian Dia menghidupkan kamu setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak) akhirnya kamu dikembalikan kepada Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”

Apatah lagi mati itu hanya mati pada jasadnya sahaja yang terbujur kaku. Hakikatnya ruh kita masih kekal ada yang hanya berpindah dari alam dunia ke alam barzakh hinggalah kemudian sampai masa yang dijanjikan kita semua akan ke alam akhirat pula. Selama tempoh itu kita masih tetap hidup dan merasa segala susah dan senangnya. Wallahu a’lam Utv

Rugi tidak solatkan jenazah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker