Kerajaan sekat laman web UtusanTV tiada kaitan dengan Utusan

UtusanTV tidak ada kaitan langsung dengan Media Mulia mahupun akhbar Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia dalam kenyataan di portalnya, menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah Media Mulia.

Semua kandungan digital Utusan Malaysia disiarkan di laman sesawang utusan.com.my dan semua platform sosial media menggunakan jenama Utusan Malaysia.



Penggunaan nama “Utusan” telah menimbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

Media Mulia menegaskan sekali lagi bahawa ia tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan, dan operasi “UtusanTV” yang dimiliki syarikat lain.

Syarikat itu berhak mempertahankan haknya bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan kerajaan telah menyekat akses ke laman sesawang UtusanTV.com kepada sesetengah pengguna di negara ini.



Akses ke laman web itu tertera notis yang menyatakan bahawa “laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker