Israel guna bom fosforus terhadap orang awam di Gaza

Israel guna bom fosforus terhadap orang awam di Gaza

Israel dilaporkan mula menggunakan fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa dalam pengebomannya di Semenanjung Gaza ketika mereka terus menyasarkan kawasan perumahan padat penduduk di wilayah berkenaan.

Laporan berita Al-Alam dalam bahasa Arab berkata, tentera rejim Zionis telah melepaskan bom fosforus putih ke atas kawasan kediaman di Gaza pada awal Isnin lalu.



Bom fosforus merupakan senjata pembakar yang tidak diharamkan, namun penggunaannya di kawasan awam dianggap sebagai jenayah perang.

Malah, penggunaan senjata itu juga dilihat sebagai mencabul undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

Bom fosforus merupakan unsur yang paling mudah menyala ketika di udara, selain sukar dipadamkan apabila api merebak dengan cepat.

Israel mengaku menggunakan peluru yang mengandungi fosforus putih semasa perang 2008-2009 ke atas Gaza tetapi rejim itu menafikan melanggar undang-undang antarabangsa dengan menegaskan bahawa senjata sedemikian tidak dilepaskan ke kawasan yang dihuni oleh orang awam.



Video yang diterbitkan di media sosial pada Isnin menunjukkan rejim melakukan serangan menggunakan bom fosforus putih ke atas kawasan berpenduduk padat di Gaza, wilayah Palestin yang terletak di Mediterranean di mana kira-kira 2.3 juta orang tinggal di bawah kepungan berterusan Israel.

Serangan itu adalah sebahagian daripada tindak balas besar-besaran yang dilancarkan Israel di Gaza sejak Sabtu apabila penempatan haramnya di wilayah Palestin berada di bawah siri serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh gerakan penentangan Hamas. Utusan

Israel guna bom fosforus terhadap orang awam di Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker