Hannah terharu dengan pujian TMJ

Hannah terharu dengan pujian TMJ

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berasa terharu dengan pujian yang diberikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas dedikasi beliau melaksanakan tugas untuk rakyat.

Hannah berkata beliau amat gembira apabila mengetahui bahawa usaha yang dilakukan beliau dan pasukan di kementeriannya, telah diketahui oleh pemilik pasukan Johor Daruk Ta’zim itu.



“Kami bekerja dari awal dan waktu kerja kami terhad, kerana saya mahu lakukan pelbagai pembaharuan, jadi atas dorongan itu kami mencipta budaya kerja yang kami ada sekarang.

“Bukan saya seorang tetapi saya berterusan beri tahu pasukan saya untuk terus bekerja. Saya rasa terharu kerana TMJ perasankannya dan berikan sokongan beliau kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pembungkusan semula minuman coklat Goodday, hari ini.

Pada podcast ‘Keluar Sekejap’ baru-baru ini yang dihoskan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bersama bekas Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan, TMJ memuji mutu kerja Hannah sebagai ‘hebat’.

Pada pelancaran itu, atlet e-sukan Malaysia Yap Jian Wei atau lebih dikenali sebagai ‘xNova’, dilantik sebagai duta kempen Goodday untuk memupuk penerimaan dan pengiktirafan yang lebih baik terhadap e-sukan, setanding dengan sukan-sukan lain.



Dalam masa sama, Hannah menyatakan keyakinannya terhadap kempen Goodday yang akan menyokong komuniti e-sukan dengan menghapuskan mitos berkaitan e-sukan, terutamanya mengenai kesihatan dan kecergasan.

Sementara itu, ‘xNova’ yang membantu Malaysia memenangi gangsa acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou 2022, teruja dengan inisiatif Goodday meningkatkan kesedaran mengenai e-sukan dalam kalangan masyarakat.

“Saya secara peribadinya mengalami stigma berkaitan e-sukan pada ketika mula-mula menyertainya, yang mana saya mahukan lebih banyak sokongan untuk e-sukan. Ia mempamerkan bakat luar biasa dalam generasi baharu, menawarkan peluang yang berterusan untuk pemain dan peminat, dan mengajar mengenai displin,” katanya.

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker