Dicekup sejam selepas menyamun

Dicekup sejam selepas menyamun

JELEBU: Seorang lelaki yang menyamun sebuah stesen minyak di Simpang Durian di sini hanya sempat melarikan kira-kira satu jam apabila dia berjaya ditahan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian jam 4.50 petang Ahad itu berlaku apabila suspek berusia 39 tahun mengacukan parang kepada mangsa yang bertugas sebagai juruwang di kaunter stesen minyak berkenaan.



“Oleh kerana takut, mangsa telah menyerahkan wang tunai hasil jualan lebih kurang RM200 sebelum suspek melarikan dengan sebuah kereta.

“Mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut. Suspek seterusnya berjaya ditahan di persimpangan Air Baning, Simpang Durian pada jam 5.50 petang hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Maslan berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya, polis merampas sebilah parang dan sabit yang disyaki digunakan semasa samun dan turut menemui semula wang yang dilarikan.



“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya,” katanya. Sinar

Dicekup sejam selepas menyamun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis



Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker