Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
Mahkamah perintah Mamat Exists jalani rawatan psikatri di Hospital Permai
Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
JOHOR BAHRU: Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, di sini, atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada tahun 2019.
Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, pelantun lagu ‘Untukmu Ibu’ itu didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine, kira-kira jam 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.
Mamat juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada tahun 2016 dan 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) akta sama.
Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.
Bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram pada jam 11.35 malam di Taman Perling pada 8 September 2019.
Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei, dan Mamat diwakili peguam bela sama.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam bela memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.
Mahkamah perintah Mamat Exists jalani rawatan psikatri di Hospital Permai
Mamat Exist dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menjalani rawatan psikatri bermula hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Majistret Johor Bahru, di sini terhadap pelatun Rahsia Pohon Cemara itu semasa pendakwaan bagi dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.
Mamat ketika ditemui semasa diiring keluar daripada mahkamah memaklumkan dia akan dihantar bagi menjalani rawatan itu.
“Saya sedang hadapi kes mengikut 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya perlu dihantar ke Hospital Permai untuk rawatan lanjut psikatri mulai hari ini.
“Semoga peminat dapat beri sokongan untuk saya teruskan dalam aktiviti seni selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Peguam Mamat, Azlina Abdul Aziz berharap anak guamnya itu diberi peluang kedua.
Katanya, Mamat ditahan pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling, semasa pemeriksaan rutin polis.
“Semasa ditahan dan diperiksa anak guamnya itu bebas bahan terlarang, namun berada dalam senarai kehendaki berikutan kes dadah lama pada 2019.
“Kita doakan untuk Mamat. Hari ni akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah lama 10 tahun ada hidap penyakit mental, dalam tempoh itu mamat makan ubat dan dapat suntikan ubat.
“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari ini untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah) kita tahu dia banyak kes tetapi percaya peluang kedua.
“Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama, yang sebelum ini diberi jaminan polis, tetapi tidak diteruskan atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM,” katanya. BH
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET